Friday, July 13, 2007

Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian

Setiap insan pasti akan menempuhi saat kematian. Ini
dijelaskan dalam al-Quran, maksudnya: "Tiap-tiap umat
mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka
mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan
tidak pula dapat mendahuluinya." (Yunus:49) Dalam
meneti saat-saat kematian, kadang-kadang Allah Ta'ala
telah menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda yang
baik dalam mengakhiri ajal- "Husnul Khatimah" bagi
orang-orang yang beriman. Fuqoha' telah menggariskan
bebrapa tanda-tanda "Husnul Khatimah" yang ditunjukkan
oleh Allah Ta'ala berdasarkan dalil-dalil syar'ie,
antaranya:

1.Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda
Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Sesiapa yang akhir kalimatnya `Lailaha
Illallah' nescaya masuk
syurga."

2.Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Satu
hadis menceritakan bahawa
sahabat Rasulullah iaitu Baridah bin Khasib r.a pernah
mendengar Rasulullah
bersabda ketika beliau melawat saudaranya sakit. Sabda
Rasulullah yang
bermaksud: "Mati orang yang beriman itu dengan
percikan pelu di dahi."

3.Mati di malam Jumat atau harinya, kerana sabda
Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari
Jumaat atau
malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah
kubur."

4.Mati syahid di medan perang, iaitu orang yang
berjihad menegakkan agama
Allah.

5.Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami
air atau ditimpa
kemalangan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Orang yang mati
syahid itu lima, orang yang mati sakit taun, mati
sakit perut, mati
ditenggelami air, mati ditimpa kemalangan dan mati
syahid di medan perang
jihad pada jalan Allah."

6.Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab
melahirkan anak, orang
yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan
sakit cirit- birit. Hal ini
berkaitan dengan gambaran hadis rasulullah s.a.w yang
bermakud: "Orang
yang terbunuh kerana berjuang di jalan Allah mati
syahid, perempuan yang
mati dalam nifas mati syahid, orang yang mati
ditenggelami air mati syahid,
orang yang mati kerana cirit-birit mati syahid dan
orang yang mati sakit
perut mati syahid."

7.Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang
hendak dirampas,
kerana dinyatakan oleh bebrapa hadis. Di antaranya
sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud: "Sesiapa yang mati dibunuh kerana
mempertahankan
hartanya (menurut satu riwayat yang lain, sesipa yang
dicerobohi hartanya
dengan cara yang tidak benar lalu ia menentangnya,
lalu ia mati) maka dia
mati syahid."

8.Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa, di
antara dalilnya ialah
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang
mati dibunuh kerana
mempertahankan hartanya ia mati syahid dan siapa yang
mati dibunuh
kerana mempertahankan keluarganya ia mati syahid dan
siapa yang mati
dibunuh kerana mempertahankan agamanya ia mati syahid
dan siapa yang
mati mempertahankan darahnya ia mati syahid."

9.Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
Diantara dalilnya ialah
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Setiap yang
mati ditamatkan
amalannya kecuali orang yang mati bertugas di medan
perjuangan pada jalan
Allah, maka sesungguhnya amalan bertambah- tambah
sehingga hari kiamat
dan ia akan diamankan dari fitnah kubur."

10.Mati kerana beramal soleh, yakni ketika melakukan
amal ibadat menyembah
Allah seperti berpuasa, solat dan sebagainya. Sabda
Rasulullah s.a.w yang
bermaksud: "Sesiapa yang berkata `Lailaha Illallah'
kerana Allah lalu ia
mengakhiri hayatnya dengannya nescaya ia masuk syurga,
sesiapa yang
berpuasa satu hari kerana Allah lalu ia mengakhiri
hayatnya dengannya
nescaya ia masuk syurga."

No comments: