BANGSA YANG TOLERAN
Oleh : Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan . Beliau juga bekas wakil tetap ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salah satu sifat terkenal yang ada pada orang Melayu ialah sifat toleran mereka terhadap orang asing. Sifat iniah yang menjadi faktor penting wujudnya perpaduan kaum antara orang Melayu dengan "orang asing" sepanjang sejarah negara ini, sama ada sebelum atau pun selepas kernerdekaan. Yang dimaksudkan dengan orang asing ialah orang yang datang dari negara asing, yakni negara di luar Dunia Melayu (termasuk wilayah seperti Sumatera).
Keluarga
Penulis melihat perpaduan kaum antara orang Melayu peduduk asal kampung Parit
Gambaran besarnya ialah orang Melayu tidak rasis. Dalam sejarah bangsa Melayu tidak pemah wujud kumpulan orang Melayu yang anti orang asing, atau tidak pernah wujud kumpulan rasis seperti yang wujud di Eropah, misalnya kumpulan "Swastika' yang anti kaum Yahudi atau kumpulan seperti "Skinhead' di Britain yang anti pendatang asing, dan kumpulan seperti Kluk Klux Klan seperti yang terdapat di Amerika Syarikat..
Orang Melayu memang mempunyai kesedaran ”Kmelayuan" yang kuat, terutarna apabila mereka berasa diri mereka di ancam oleh orang asing, tetapi ini sikap yang reaktif bukan agresif atau fanatik atau jauh sekali rasis.
Salah satu cara untuk mengetahui sikap atau pandangan orang Melayu terhadap orang asing ialah dengann melihat imej yang mereka bentuk terhadap orang asing melalui karya tulisan dan lisan tradisional orang Melayu. Misalnya, dalam hikayat Melayu dahulu kala, kita tidak menemui apa-apa cerita, episod, dan kata-kata yang menunjukkan bahawa orang Melayu membenci orang asing atau mereka bersifat rasis atau fanatik.
Selalunya, orang Melayu mempertahankan diri atau melakukan tindakan balas terhadap orang asing hanya setelah atau apabila orang asing itu menyerang mereka. Kes yang paling ketara ialah peristiwa orang Melayu di Johor terutamanya, bertindak balas terhadap keganasan yang dilakukan oleh askar Bintang Tiga terhadap orang Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan Tanah Melayu tidak mempunyai pemerintahan selama kira-kira tiga bulan. Tetapi peristiwa itu tidak menyebabkan orang Melayu seluruhnya membenci atau mencurigai kaum bukan Melayu. Bahkan, selepas kemerdekaan, orang Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu untuk- bersama-sama dengan mereka memerintah negara ini. Dalam sejarah bangsa Melayu di Tanah
Melayu tidak pernah orang asing diangkat oleh kerajaan Melayu untuk menjadi pemerintah, kecuali orang Inggeris yang memerintah melalui penjajahan.
Kita perhatikan juga, sejak pilihan Raya Umum yang pertarna pada 1955,
tidak ada seorang pun talon UMNO, baik di peringkat Parlimen mahupun di
peringkat negeri, yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan yang majoriti pengundinya bukan Melayu. Tetapi beberapa banyak wakil rakyat dari Parti Komponen Barisan yang lain menang di kawasan yang majoriti pengundinya ialah orang Melayu. Kita sering berkata bahawa politik di
Masalah kemiskinan berlaku pada semua kaum, tidak hanya kaum