Sunday, August 31, 2008

Benarkah Orang Melayu terlalu Tolak Ansur ?


BANGSA YANG TOLERAN

Oleh : Datuk Dr. Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan . Beliau juga bekas wakil tetap ke UNESCO dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Salah satu sifat terkenal yang ada pada orang Melayu ialah sifat toleran mereka terhadap orang asing. Sifat iniah yang menjadi faktor penting wujudnya perpaduan kaum antara orang Melayu dengan "orang asing" sepanjang sejarah negara ini, sama ada sebelum atau pun selepas kernerdekaan. Yang dimaksudkan dengan orang asing ialah orang yang datang dari negara asing, yakni negara di luar Dunia Melayu (termasuk wilayah seperti Sumatera). Ada orang asing itu yang datang, sama ada dengan ikhtiar sendiri untuk mencari rezeki ke rantau ini atau kerana terpaksa meninggalkan negara mereka atas desakan kehidupan. Ada juga orang asing dibawa masuk oleh penjajah British untuk bekerja dengan syarikat British sebagai "kuli" di lombong bijih dan di ladang getah, atau sebagai buruh kerajaan untuk membina jalan dan sebagainya.

Ada antara orang asing ini yang masuk ke kampung Melayu, menumpang tanah disitu dan hidup di tengah – tengah masyarakat melayu. Lama kelamaan mereka mendirikan tempat ibadah mereka sama ada di Kampung Melayu atau dimana-mana sahaja kawasan terbiar. Kedatangan mereka itu t idak d i tentang oleh orang Melayu, malah orang asing yang masuk ke kampung Melayu dan meminta izin untuk mendirikan rumah di tanah kosongkepunyaan orang Melayu dibenarkan berbuat demikian. Penulis teringat, di kampung penulis, Parit Sakai, Muar, semasa saya masih kanak-kanak lagi, sudah wujud satu keluarga Cina dan satu keluarga India di situ. Keluarga Cina itu membuka kedai runcit dan itulah satu-satu sahaja kedai runcit yang ada di kampung itu sampai sekarang. Pernah orang Melayu, melalui syarikat koperasi membuka kedai runcit kira-kira 300 meter daripada ” Kedai Baba” (nama kedai Cina itu yang disebut oleh orang Melayu sampai sekarang), tetapi tidak berapa lama kemudian tutup.Penduduk kampung Parit Sakai nampaknya Iebih suka membeli belah di Kedai Baba daripada di kedai orang Melayu sendiri, barangkali kerana harganya lebih murah danpada kedai koperasi Melayu itu dan mudah pula berhutang di Kedai Baba.

Keluarga India di kampung itu pula mendirikan rumah di tanah kosong kepunyaan orang Melayu, bersebelahan dengan rumah nenek penulis (sekarang arwah). Keluarga India itu membela dua tiga ekor lembu dan mengambil upah menebas rumput lalang di beberapa kawasan rumah Melayu. Kadang-kadang berlaku pertengkaran apabila lembu ketuarga India itu merayau-rayau ke kawasan rumah orang Melayu dan memakan sayur dan bunga tanaman orang Melayu sambil menaburkan najis di kawasan itu, tetapi pertengkaran itu tidak sampai meletus menjadi "pergaduhan kaum". Ada kalanya orang India itu, apabila bertengkar dengan orang Melayu, memaki orang Melayu, dan orang melayu pula membalas dengan memaki hamun orang India itu, tetapi hairan, selepas itu mereka berdamai, dan bergaul mesra seperti biasa. Rumah keluarga India itu tidak diserang atau dibakar oleh orang Melayu, atau lembu mereka tidak dibunuh atau dicuri oleh orang Melayu.

Penulis melihat perpaduan kaum antara orang Melayu peduduk asal kampung Parit Sakai dengan orang asing di situ itu sebagai contoh - mungkin banyak contoh yang lain lagi bahawa orang Melayu mempunyai sifat toleran terhadap orang asing. Hal ini , membayangkan sifat keterbukaan minda dan budaya Melayu yang selama lebih 2000 tahun bertembung dengan pelbagai pengaruh budaya daripada dunia luar.

Gambaran besarnya ialah orang Melayu tidak rasis. Dalam sejarah bangsa Melayu tidak pemah wujud kumpulan orang Melayu yang anti orang asing, atau tidak pernah wujud kumpulan rasis seperti yang wujud di Eropah, misalnya kumpulan "Swastika' yang anti kaum Yahudi atau kumpulan seperti "Skinhead' di Britain yang anti pendatang asing, dan kumpulan seperti Kluk Klux Klan seperti yang terdapat di Amerika Syarikat..

Orang Melayu memang mempunyai kesedaran ”Kmelayuan" yang kuat, terutarna apabila mereka berasa diri mereka di ancam oleh orang asing, tetapi ini sikap yang reaktif bukan agresif atau fanatik atau jauh sekali rasis.

Salah satu cara untuk mengetahui sikap atau pandangan orang Melayu terhadap orang asing ialah dengann melihat imej yang mereka bentuk terhadap orang asing melalui karya tulisan dan lisan tradisional orang Melayu. Misalnya, dalam hikayat Melayu dahulu kala, kita tidak menemui apa-apa cerita, episod, dan kata-kata yang menunjukkan bahawa orang Melayu membenci orang asing atau mereka bersifat rasis atau fanatik.

Selalunya, orang Melayu mempertahankan diri atau melakukan tindakan balas terhadap orang asing hanya setelah atau apabila orang asing itu menyerang mereka. Kes yang paling ketara ialah peristiwa orang Melayu di Johor terutamanya, bertindak balas terhadap keganasan yang dilakukan oleh askar Bintang Tiga terhadap orang Melayu setelah Jepun menyerah kalah dan Tanah Melayu tidak mempunyai pemerintahan selama kira-kira tiga bulan. Tetapi peristiwa itu tidak menyebabkan orang Melayu seluruhnya membenci atau mencurigai kaum bukan Melayu. Bahkan, selepas kemerdekaan, orang Melayu sanggup menerima orang bukan Melayu untuk- bersama-sama dengan mereka memerintah negara ini. Dalam sejarah bangsa Melayu di Tanah

Melayu tidak pernah orang asing diangkat oleh kerajaan Melayu untuk menjadi pemerintah, kecuali orang Inggeris yang memerintah melalui penjajahan.

Kita perhatikan juga, sejak pilihan Raya Umum yang pertarna pada 1955,

tidak ada seorang pun talon UMNO, baik di peringkat Parlimen mahupun di

peringkat negeri, yang pernah menjadi wakil rakyat di kawasan yang majoriti pengundinya bukan Melayu. Tetapi beberapa banyak wakil rakyat dari Parti Komponen Barisan yang lain menang di kawasan yang majoriti pengundinya ialah orang Melayu. Kita sering berkata bahawa politik di Malaysia, masih politik perkauman. Tetapi kalau kita melihat fakta yang tersebut di atas, jelas nampaknya orang Melayu tidak mengamalkan politik perkauman. Mereka tidak rasis. Maka hairanlah kita apabila ada pihak, warga Malaysia sendiri, yang menuduh kerajaan atau UMNO (atau orang Melayu) melakukan proses pembersihan etnik atau ethnic cleansing terhadap kaum lain. di negara ini, seperti agaknya yang berlaku di Bosnia dan Kosovo. Tuduhan liar seperti inilah yang boleh menimbulkan kecurigaan orang Melayu terhadap kaum lain.


Masalah kemiskinan berlaku pada semua kaum, tidak hanya kaum Cina, India, Iban, dan Kadazan tetapi juga orang Melayu. Bahkan, sejak mutakhir ini orang Melayulah yang selalu merisaukan keadaan mereka, selalu membincangkan masalah mereka dalam hampir semua lapangan. Hakikat bahawa segelintir orang Melayu menjadi kaya raya itu tidak bererti majoriti orang Melayu sudah mewah dan tidak mempunyai apa-apa masalah lagi.Hal ini masalah kita bersama, bukan masalah perkauman, masalah kaum India, masalah Melayu dan masalah kaum Cina. Hal ini masalah kebangsaan, yakni masalah yang penyelesaiannya harus merentas kepentingan mana-mana kaum.

No comments: